Wednesday, May 7, 2008

STRESS

Stress adalah salah satu fenomena " penyakit jiwa " yang mempunyai kaitan erat dengan al-nafs iaitu melibatkan aspek akal, roh, hati dan nafsu. Nafsu seringkalai dikaitkan dengan syahwat, iaitikeperluan-keperluan badaniah yang perlu dikawaloleh akal. Nafsu maeah, dengki, dendam, bongkak, sombong, takabur adalah penyakit jiwa yang perlu diubati dan sudah pasti ia ada kaitan dengan stress. Rangsangan persekitaran pula menambah kepada stress, misalnya stress dikaitkan dengan keadaan tempat kerja, di rumah, hubungan dengan seseorang atau individu tertentu dan sebagainya. Antara punca stress dalam kehidupan seharian seseorang individu boleh dilihat dalam senarai berikut:

1. longgokan kerja
2. hubungan dengan ketua
3. tempoh masa terhad berbanding kerja yang perlu disiapkan
4. kekurangan kuasa dan pengaruh
5. melakukan kesilapan
6. politik tempat kerja
7. sikap pasangan
8. konflik dengan saudara
9. berubah tempat kerja
10. terlalu banyak perjalanan
11. pandangan tidak dihormati
12. menguruskan manusia
13. perubahan suasana kehidupan
14. kematian
15. bersara
16. mengandung
17. sakit
18. bercerai
19. anak lari dari rumah dll

No comments: