Tuesday, May 6, 2008

Kompleks Pejabat Agama Alor Gajah


Kompleks Pejabat Agama Alor Gajah ini terletak kira-kira 2 kilometer dari Pekan Alor Gajah. Kompleks ini mempunyai bangunan dua tingkat. Aras bawah merupakan Pejabat Agama Alor Gajah. Manakala aras satu adalah Mahkamah Rendah Syariah Alot Gajah dan Aras dua adalah bilik mesyuarat. Pejabat agama ini mempunyai 23 kakitangan dan 2 orang penyelaras masjid. Pejabat ini mempunyai tiga bahagian utama iaitu Unit Pentadbiran, Unit Pembangunan Keluarga dan Unit Penguatkuasa. Unit Pentadbiran menguruskan hal-hal berkaitan dengan kewangan, nikah cerai dan rujuk. Manakala Unit Pembangunan Keluarga dan Dakwah menerima aduan dan mengadakan sesi kaunseling serta merancang program-program seperti cabaran remaja masa kini, kursus pegawai syarak, seminar keibubapaan dan sebagainya. Unit Penguatkuasa pula menerima dan membuat pemantauan berhubung kes kesalahan syariah seperti kurang sopan, bersekediaman, hamil luar nikah dan sebagainya.

No comments: