Wednesday, May 7, 2008

MUTIARA KATA

Nikmat paling manis apabila allah mentarbiyyah kita dengan pelbagai ujian. Namun tautan ukhwah mampu berhadapan dengan sejuta kesulitan, yang memberi suntikan semangat perjuangan. Alirkan halawatul ukhwah. Kesungguhan dalam berjuang melalui rabitoh hati.


Ukirlah senyuman yang paling manis kerana selain menjadi sedekah, senyuman itu ibarat lukisan rahsia hati dan senyuman itu tidaklah menyakitkan tetapi menjadi penawar hati yang sakit

Rasulullah s.a.w. bersabda maksudnya:
"Tidaklah di antara dua orang yang bersahabat kecuali siapa yang lebih
menghargai sahabatnya maka dialah yang lebih disukai oleh Allah s.w.t"
(Petikan kitab Imam Ghazali)


Dari Abu Hurairah r.a.
Sabda Rasulullah s.a.w. maksudnya:
"Kewajipan seorang muslim ke atas muslim yang lain iaitu lima perkara;
menjawab salam, melawat orang sakit, mengiringi jenazah,
menerima undangan dan mendoakan orang yang bersin"
(PRiwayat Al-Bukhari dan Muslim)

No comments: